Thursday, 20 September 2012

Kronologi Kanser UsusQu - Part 3

17/6/2007
6 hari selepas pembedahan , keadaan perut masih menunjukkan pemulihan yang tidak memuaskan.
Doktor juga menyatakan kebimbangan beliau kerana beliau takut
ada sesuatu yang dia tidak perasan sewaktu pembedahan.
Pada malam tersebut , terasa ingin membuang air besar dan semasa proses tersebut tiada najis yang keluar , sebaliknya darah yang agak banyak keluar.

18/6/2007

Memaklumkan kepada doktor dan telah diaturkan satu pemeriksaan yang dikenali sebagai Barium di KPJ Kajang.

Pemeriksaan mendapati terdapat sekatan dalam usus besar yang menandakan kebarangkalian Kanser Usus.


Terpaksa memohon untuk ditukarkan ke Hospital kerajaan kerana bil An-Nur telah melebihi dari nilai yang ditanggung oleh ING (Insuran Syarikat).

ING Coverage : RM 9,000
Bil An-Nur : RM 13,179.75

19/6/2007

Dihantar ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke Wad 6C

Tuesday, 18 September 2012

Kronologi Kanser UsusQu - Part 2

11/6/2007 - Pemeriksaan CT Scan di KPJ Kajang
Mendapat maklumbalas dari doktor pakar yang usus kecil banyak angin dan bengkak.
Doktor menyarankan pembedahan bagi melihat punca sebenar penyakit.
Pembedahan diberi nama "Exploration Operation".
Pembedahan dilaksanakan dan saya dimaklumkan :
a) Apendiks melekat pada usus dan doktor buang apendiks
b) Usus kecil mengandungi banyak air dan doktor picit untuk mengeluarkan air bagi mengecilkan kembali usus kecil.

Kronologi Kanser UsusQu - Part 1

28/5/2007 - Diserang muntah-muntah dan sakit perut yang pedih dimana perut rasa seperti terbakar.Mendapatkan rawatan diklinik panel berdekatan rumah

31/5/2007 - Pergi ke hospital Serdang untuk pemeriksaan
Doktor memaklumkan kemungkinan petanda awal penyakit gastrik
Diberikan ubat gastrik
Sekadar mendapat rawatan pesakit luar.

05/6/2007 - Mendapat surat dari doktor Sony klinik dan sekali lagi ke Hospital Serdang

Juga dimaklumkan petanda awal gastrik dan diberi ubat baru , tetapi saya memohon untuk berjumpa doktor pakar Hospital Serdang
Temujanji dibuat untuk hadir pada 26/06/2007

08/6/2007 - Mendapat surat dari klinik panel berhampiran rumah.

Mendapatkan rawatan pakar selepas kecewa dengan response hospital kerajaan.

Terus ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut (Hospital Pakar An-Nur)
Menjalani pemeriksaan Ultrasound di Seremban


Keputusan pemeriksaan menunjukkan banyak angin pada usus kecil
Apakah nasibku....nantikan episod 2