17/6/2007
6 hari selepas pembedahan , keadaan perut masih menunjukkan pemulihan yang tidak memuaskan.
Doktor juga menyatakan kebimbangan beliau kerana beliau takut
ada sesuatu yang dia tidak perasan sewaktu pembedahan.
Pada malam tersebut , terasa ingin membuang air besar dan semasa proses tersebut tiada najis yang keluar , sebaliknya darah yang agak banyak keluar.
18/6/2007
Memaklumkan kepada doktor dan telah diaturkan satu pemeriksaan yang dikenali sebagai Barium di KPJ Kajang.
Pemeriksaan mendapati terdapat sekatan dalam usus besar yang menandakan kebarangkalian Kanser Usus.
Terpaksa memohon untuk ditukarkan ke Hospital kerajaan kerana bil An-Nur telah melebihi dari nilai yang ditanggung oleh ING (Insuran Syarikat).
ING Coverage : RM 9,000
Bil An-Nur : RM 13,179.75
19/6/2007
Dihantar ke Hospital Serdang dan dimasukkan ke Wad 6C
No comments:
Post a Comment